Wednesday, 27 April 2011

Kenapa Manusia Boleh Berubah Part 2

Persoalan 'kenapa hati manusia cepat berubah?' sentiasa membelengu di fikiran saya. Setiap hari berjumpa dengan rakan-rakan dan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia menyebabkan saya sedar yang manusia sememangnya cepat berubah..Berubah bagaimana? manusia boleh berubah melalui perbuatan seperti dari jahat kepada baik, kedekut kepada pemurah dan sebagainya..sama ada perubahan itu kerana “terpaksa” (berubah atau rebah) atau kerana “rela” (berubah kerana Tuhan)..tetapi bagaimana pula dengan perubahan hati manusia?Hati manusia boleh berubah mengikut keadaan. Apabila kita menjumpai sesuatu yang lebih baik di depan mata,yang jauh kita akan lupakan. Perubahan hati tidak boleh di paksa tetapi bergantung kepercayaan dan teguhnya hati kita pada seseorang.

Tuhan mengurniakan kita akal untuk berfikir. Berfikir dan membuat pilihan yang mana satu intan, mana satu berlian, mana satu emas, mana satu kaca...kita sering lupa apa yang kita miliki,tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain miliki. Sesuatu yang baik belum tentu benar dan sesuatu yang benar belum tentu baik.Sesuatu yang bagus belum tentu berharga dan sesuatu yang berharga belum tentu bagus..Renung-renungkan lah..Dan sebagai manusia biasa, kita mungkin terjebak dengan berbagai-bagai pilihan..hati dan akal lah yang akan membantu kita membuat keputusan. Pengalaman yang lepas mengajar saya bagaimana mengenali hati manusia.Kadang-kadang kita lihat manusia itu dari luaran cukup sempurna,cukup baik,cukup sifat,dimulutnya sentiasa menyebut-yebut nama Tuhan..tetapi apabila kita mengenalinya lebih mendalam,dia bukanlah seperti apa yang kita lihat,malahan melanggar perintah dan larangan Allah...Adakah manusia seperti ini hipokrit atau disebabkan hatinya mempunyai dua pilihan (kepada jalan baik atau kepada jalan yang salah).

Kenapa Manusia Boleh Berubah

Kenapa org boleh berubah?
napa org boleh berubah?
knp perasaaan org leh berubah dlm waktu singkat?


[HARI NI]
cakap suka, ckp miss u lah... ckp need u lah... asyik rindu lah....
[ESOK]
ckp.. busy... x de kedit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...


[HARI NI]
bila kita msg "hi, wat pe?", dia balas panjang2, "x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u..bila nak jumpa lagi.... dah makan... saya rindu sampai x lalu makan... awak dah makan....."
[ESOK]
bila kita msg "hi wat pe?", dia balas pendek2, "xde apa2", "x", "ye" dan "k lah, busy jap..."


[HARI NI]
Kalau leh, nak duduk je depan muka kita... sampai kan tv ada depan mata pun xnak tgk...nak tgk muka, rindu katanya....
[ESOK]
kalau leh, xnak pandang muka ni.. usah cakap pandang, baru lalu depan tv je dah tengking
"oit, tepi ar... x nampak ke org nak tgk tv....". Bila kita datang dekat je... "apa dekat2 ni.. rimas ar..."


[HARI NI]
kejap2 call, kejap2 msg... leh dikatakan, handphone asyik berbunyi je.....sampai kawan cakap "kau ni operator telefon ke? asyik jawab call setiap saat?"...dan kita membalas dengan senyuman... "lover aku lah..."
[ESOK]
usahkan kata 'miss col', msg pun x de... membuatkan kita setiap saat akan tgk2 handset, menunggu panggilan @ msg si dia.... sampai kawan cakap "sikit2 tgk hp, asal ngan handphone ko, rosak ke? senyap je..." dan kita akan tersenyum sambil x berkata apa2 sebab hati membara.


[HARI NI]
wahh... kalau boleh... free sms yg 200 tu nak dihabiskan dlm masa sejam...
[ESOK]
free sms 10 pun setahun nak abis.... tapi still main taip2 handset.. buat2 la hantar msg kat lover...ye la... kawan2 sume ada lover, kita x de... tapi dlm hati... sedihnya...


[HARI NI]
kejap2 si dia msg..... "selamat pagi", "selamat tgh hari", "sihat ke", "dah makan"
[ESOK]
8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas.


[HARI NI]

kejap2 nak peluk... kejap2 nak pegang tangan... sambil si dia berkata
"saya nak gengam awak erat, x nak awak lari dari pangkuan saya"
[ESOK]
si dia berjalan mcm atlet negara... ke hadapan seribu batu...malah siap si dia berkata "cepat ar jalan... mcm siput ar... lembab..."


Semua ni pernah berlaku kan ...
dan mungkin sedang berlaku...
inilah hakikat..
susah nak cari seseorang yang memahami...
walau mcm mana pun si dia lakukan..
kita still setia kan ...
walhal, mungkin ada ramai lagi yg leh ganti...
itulah maknanya "SAYANG"....
lagi kita nak lupakan, lagi kita ingat....
lagi kita benci, lagi kita suka...
lagi kita jauhkan diri, lagi kita rindu kan....
nak wat cam ne....
redha je la..... walau pun terluka.........
hurmmmmm..........

Tuesday, 26 April 2011

Tolong Ingatkan Aku ~~

Ermm....rasa sedih, pilu, smua ada pagi nie...tp aku kena kawal keadaan aku kat opis ni takut tergangu.... :: Tolong Ingatkan Aku :: mesti mcm pernah dengar perkataan tu n mesti korang tau tu adalah lagu Ana Raffali yang menang juara lagu tempoh hari....Bila didengar, lirik dia tu ada makna tersendiri yang aku blh aku rungkaikan... Sedih pn ada bila dengar lagu tu.....


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


p/s : kisah kita......... T_T

Jealousy....Aku Dia & Kamu

.......Al-kisah....Buka fesbok....tgk status ~ In Relationship With ******* ~....Waaa....Mmg la darah mengalir terus naik ke kepala, sape x ada rasa bila tgk awek/gf/kekasih/buah ati wat status cmtu....rasa mcm nak jolok2 je monitor pc nie...Tp sbb aku diminta utk beri masa and aku tau mesti ada sbb dia wat cmtu...seb baik la aku ni blh kawal kejelesan aku ni tanpa nak mengamuk² dan aku cuba utk memahami keadaan. Mmg sukar tp blh berharap dia dpt kembali dengan aku mcm dulu....bahagia sgt² masa bersama dulu dan aku pasti ada sedikit kesilapan yg menjadi penyebab smua ni... biasa la, manusia mana blh lari dari kesilapan dan kesilapan tu la yg boleh mengajar kita pelbagai erti dalam kehidupan. Aku pn dah byk buat kesilapan masa lampau dan skrg aku akan cuba utk berfikir kedepan. Kesilapan dan Kemaafan dah x blh nak dipisahkan, aku sentiasa memaafkan dan berharap sesuatu yg ajaib berlaku antara aku dan dia.... Cuma aku xnak jeles dan marah menguasai diri aku... dan aku perlu mengawalnya dengan penuh kesabaran. Bak kata org² tua, ada hikmah disebalik kesabaran.


Ok, jealous! or cemburu! yup!! that's the best thing to describe my feelings right now.. pergh! tak tau macam mana nak cakap betapa jelesnya aku.....hahaha....sbb ati ni dah terlalu menyayangi....Tp bg aku, jeles ni x salah jika betol di guna pakai, ia menunjukkan kita mempunyai perasaan yg amat mendalam kat seseorng tu. sesetengah org xsuka tunjuk yg dia jeles walaupn dia jeles, mcm aku la.....hahaha....aku x tunjuk tp skrg aku mmg jeles...waaa.....



Ok lah....dah tiba time utk aku balik....Huhu....harapan aku amat tinggi dan suatu yg pasti aku akan hadiahkan kasih sayang aku sepenuhnya untuk dia...~LuRve_sHa~







Hari Ini Dalam Sejarah....

Ehem3x....hari selasa, hari yg aku x brapa nak suka dtg keja sbb ada meeting, tp semenjak system admin a.k.a HOD (head of dept) aku benti, meeting pn da xde sgt. Bergaya btol aku dtg keja arinie, dgn kemeja yg dibeli oleh buah ati aku, seb baik x pakai tie je...hahaha....sampai² je opis, kwn2 sume mcm nak bahan aku je...sbb pakai smart, hahaha....ada yg ckp bergaya laa....ada yg ckp mcm nak pg interview la...mcm²... Aku pn bangga la sekejap sbb org puji cmtu....Dalam sejarah la aku nak pakai smart².... Bkn apa, tgh2 nk siap dtg keja, terfikir tentang cara pemakaian aku yg dikatakan oleh Si Dia yang nmpk x berapa matang... So aku amik keputusan nak pakai smart² la, nmpk mcm manager pn ada wlaupun just support. So skrg ni aku akan lebih menjadi matang...

Kat tempat keja plak, arini aku da blur sgt x tau nak wat keja apa....muungkin la sbb byk pujian, aku terus jd mcm blur smpai nak wat keja pn xblh...tahan mengantuk je aku ni haa....Tp lepas dpt bercakap dgn Si Dia, aku jadi segar, semangat aku terus ada utk kerja, tp da terlewat sbb da kul 5, lagi sejam nak balik...hahahaha...So, teruskan je la melepak smbil tgk movie yg aku baru download (Dilarang Masuk). Nmpknye, bkn aku sorng je yg malas wat keja arinie, kwn aku pn sama jgk....hahahaha....ada geng.

Bercakap pasal pakaian, semalam pg uptown kat Mines, beli la baju 3 helai skali gus...haaa...amik kau...hahaha....semua RM65, kira murah la tu.... 1 berkolar n 2 lagi leher V... tu pn sbb Si Dia yg cadangkan...hahaha.... tp ok la, aku pn suka, nak ubah jgk penampilan aku ni...dah la yg x ensem, pakai lak selekeh, lg la x hensem...hahaha...tp syukur la apa yg Tuhan bg..... dan syukur jgk aku masih ada dia....

Kejap lagi da nak balik, tp kena pg kedai keta dulu....nak check aircond keta, tetiba plak xrasa kesejukan yg sblm ni agak sejuk walaupn rasa jgk panas2 suam bila bwk laju...terus ke kedai keta la jawabnye pasnie....aduiii...xpe lah...penat sikit lgpn balik umah da xleh nak on9...huhu.....

p/s : Syg, bila bercakap, b suka dengar syg gelak mcm td...b suka syg bercakap mcm td....Syg semangat b untuk buat something. Seriusly i miss u very much....seriusly i love u so much.... <3 

~ post kali ni xde pic...lupa nak snap pic sndiri n baju2 tu..ahakz...

Monday, 25 April 2011

"Kenapa Nikah, Cincin Mesti Sarung Di Jari Manis[?]"

Surfing punya surfing, maka terserempaklah dengan satu artikel dari blog seorang kawan nie, agak menarik jgk bg sy kerana benda ni mcm benda baru je bg sy, maybe bg sy je la bkn org len.. Entry kali ni mengenai Kenapa nikah cincin mesti disarung kat jari manis...?? Satu persoalan yang bagus dan sy dapat satu penjelasan yg agak menarik walaupun x boleh dipercayai... 


Haa....slalunya bila kita pegi jer kat majlis akad nikah, cincin bakal suami akan sarung jugak kat jari manis, knp dia xpilih ibu jari ke, jari kelingking ke, jari telunjuk ke...Di sini ada penjelasannya....Kalu nak pk balik xleh percaya tp secara logiknye btol jgk, cuba korang buat seperti step² dibawah :





Ikutkan langkah yang dituliskan dibawah ini.

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan korang, jari tengah ditekuk ke dalam
(rujuk gambar di atas).

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan hujungnya.

3. Cuba buka ibu jari korang, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibukakan? Ini kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4.Tutup kembali ibu jari korang, kemudian buka jari telunjuk korang, jari telunjuk mewakili kakak dan adik korang, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

5. Sekarang tutup kembali jari telunjuk korang, buka jari kelingking pulak, yang mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita jugak.

6. Selanjutnya, tutup jari kelingking korang, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan kita. Payah tak? Korang rasa pelik dan heran kan? Nape payah sangat nak bukak macam yang lain. Hah, nie kerana jari tersebut tak boleh dibuka sebab jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup korang dan pasangan korang akan terus melekat satu sama lain. Hah, boleh bukak gak ke? Haha..tapi ia still tak la seluas bukaan yang lain kan? Cinta suami isteri kekal abadi. insyaAllah..

PERCAYA ? Jangan eh! ... Sekadar gurau-gurauan

P1 WiMax

Ha3x....dah nak masuk bulan ke-2, aku masih blom bayar bill P1 WiMax aku...hahaha....Sape la suh caj mahal2 sangat....aku dah la seorang yg miskin harta. Hari ni org P1 hantar lagi message kat enset. Message tu berbunyi


"Your P1 A/C ******* is suspended. Kindly remit RM146.40 immediately for service reactivation.Pls disregard this msg if payment is made. TQ".


Rasa²nya P1 ante dah kena block....hahaha...xpe2, nnt next year sy bayar....

DILARANG MASUK

DILARANG MASUK


Sinopsis
Suasana semakin gelap, kabus dingin meliputi bukit.. Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol - yang masih penuh dengan peluru hidup. Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh - kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma - seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu. Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia - rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ
?


FORMAT AVI
MEDIAFIRE :



HOTFILE :

FILESONIC (single link ) :

FILESERVE (single link ) :

DUCKLOAD (single link ) :

25-April-2011

Wahh....terpikir plak pasal blog, dah lama aku meninggalkan dunia blog ni dan sekarang aku cuba lagi membuat blog perkongsian bersama insan yang aku sayang dan cinte...hehehe...mmg sweet sweet lah aku nak buat blog kali ni, slalunya blog yg aku buat mesti berkaitan dengan informasi tentang komputer dan sebagainya.

Ok, permulaan Cerite Cinte V2 bersama aku dengan dia, nama aku Kukis (bkn nama sebenar) dan pasangan aku LurveSha (pun bkn nama sebenar), kami yang akan mengendalikan dan meng-update serta meng-upgrade blog ni dari masa ke semasa. Harapan dengan adanya blog ni, dapat kami kongsi kehidupan seharian kami dan dpt meluahkan semua yang terpendam dalam hati secara bertulis dan sekaligus dapat mengurangkan sikit kekusutan serta kekacauan jiwa jikalau ada. Tp harap2 xde la kekusutan serta kekacawan jiwa berlaku, smuanya akan menjadi normal mcm dulu2....

Haa....ini lah aku dan dia....Harapan moga berkekalan hingga akhir hayat......