Persoalan 'kenapa hati manusia cepat berubah?' sentiasa membelengu di fikiran saya. Setiap hari berjumpa dengan rakan-rakan dan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia menyebabkan saya sedar yang manusia sememangnya cepat berubah..Berubah bagaimana? manusia boleh berubah melalui perbuatan seperti dari jahat kepada baik, kedekut kepada pemurah dan sebagainya..sama ada perubahan itu kerana “terpaksa” (berubah atau rebah) atau kerana “rela” (berubah kerana Tuhan)..tetapi bagaimana pula dengan perubahan hati manusia?Hati manusia boleh berubah mengikut keadaan. Apabila kita menjumpai sesuatu yang lebih baik di depan mata,yang jauh kita akan lupakan. Perubahan hati tidak boleh di paksa tetapi bergantung kepercayaan dan teguhnya hati kita pada seseorang.
Tuhan mengurniakan kita akal untuk berfikir. Berfikir dan membuat pilihan yang mana satu intan, mana satu berlian, mana satu emas, mana satu kaca...kita sering lupa apa yang kita miliki,tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain miliki. Sesuatu yang baik belum tentu benar dan sesuatu yang benar belum tentu baik.Sesuatu yang bagus belum tentu berharga dan sesuatu yang berharga belum tentu bagus..Renung-renungkan lah..Dan sebagai manusia biasa, kita mungkin terjebak dengan berbagai-bagai pilihan..hati dan akal lah yang akan membantu kita membuat keputusan. Pengalaman yang lepas mengajar saya bagaimana mengenali hati manusia.Kadang-kadang kita lihat manusia itu dari luaran cukup sempurna,cukup baik,cukup sifat,dimulutnya sentiasa menyebut-yebut nama Tuhan..tetapi apabila kita mengenalinya lebih mendalam,dia bukanlah seperti apa yang kita lihat,malahan melanggar perintah dan larangan Allah...Adakah manusia seperti ini hipokrit atau disebabkan hatinya mempunyai dua pilihan (kepada jalan baik atau kepada jalan yang salah).
No comments:
Post a Comment